Keadaan semasa industri
Malaysia
Perkembangan teknologi maklumat ICT dan IT adalah
fenomena baru yang melanda kita masa kini. Penggunaan teknologi maklumat dan
ICT dalam bidang perkhidmatan dan perniagaan adalah keperluan untuk menghadapi
keadaan globalisasi yang semakin mencabar masa kini.
Teknologi maklumat dan
komunikasi
Teras pertama daripada rancangan Malaysia ke – 9 bab – 5
menyatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah satu industri
penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ini berikutan pertumbuhan sektor
ICT yang pesat peranannya meransang perkembangan industri-industri lain di
Malaysia tidak kira sektor awan dan swasta. Pembangunan sektor teknologi
maklumat dan komunikasi dalam merapatkan jurang digital (BDD) yang diterajui
oleh Kementerian Tenaga, air dan komunikasi dengan kerjasama Kementerian luar
bandar dan wilayah dan kementerian pelajaran.wujudnya sekolah bestari yang
menggunakan peralatan ICT dan proses pendidikan, kampung tanpa wayar dan
premis-premis tanpa wayar sekitar kita seperti KFC, starbuck dan TM wifi adalah
hasil perkembangan yang mampan ICT di
dalam Malaysia.
Koridor Raya Multimedia atau (MSC Malaysia) merupakan
inisiatif malaysia untuk pembangunan industri teknologi maklumat dan komunikasi
secara global. Kini MSC Malaysia telah berkembang menjadi hab ICT yang dinamik,
menjadi hos kepada lebih daripada 900 syarikat-syarikat multinational, milikan
asing dan milikan tempatan yang tertumpu kepada produk, penyelesaian,
perkhidmatan dan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) multimedia dan
komunikasi antaranya TV3, universiti-universiti kerajaan dan swasta seperti
cosmopint, UUM dan lain-lain.
Kesan daripada globalisasi yang menimpa dunia masa kini
dan pengaruh daripada kuasa ekonomi dunia masa kini iaitu china, pengaruh ICT
semakin menjadi tren baru yang tidak boleh dipinggirkan. Sektor kerajaan swasta
dan NGO berpusu-pusu menggunakan ICT dalam perkhidmatan seharian contohnya
pengguaan email, video call, internet dan dalam proses urusan seharian seperti
internet banking, memesan tiket kapal terbang dalam talian dan sebagainya.
Sumbangan 42% KDNK mampu
dicapai menerusi transformasi
PERSATUAN industri kecil dan sederhana Malaysia (SME
Malaysia.) yakin sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menyumbang
42% kepada nilai ekonomi negara menjelang 2020 hasil gerak kerja penjenamaan
semula dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Syarikat PKS yang ditakrifkan menerusi bilangan pekerja
tidak melebihi 150 dan pendapatan kurang RM20 juta setahun, kini menyumbang
kira-kira 32 peratus kepada nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara
ini. Ini berbanding sehingga 60 peratus di negara maju.
Ketika ini, kira-kira 90 peratus daripada syarikat di
Malaysia ditakrifkan sebagai PKS dengan menyediakan 59 peratus peluang
pekerjaan. Presiden kebangsaan SME Malaysia, Teh Kee Sin, berkata pihaknya
merumus rancangan penjenamaan semula PKS dengan kerjasama pelbagai pihak
termasuk dengan kumpulan media terbesar, Media Prima Bhd (MPB).
Beliau berkata, SME Malaysia mahu 5,000 ahlinya untuk
beralih daripada beroperasi secara konvensional dengan produk murah kepada
rantaian produk bernilai tinggi kini didapati lebih 60 peratus daripada
syarikat PKS tidak mempunyai laman sesawang sendiri selain masalah biasa,
kekangan kewangan.
Persatuan industri computer dan multimedia Malaysia
(pikom) menjangkakan industri teknologi- teknologi komunikasi dan maklumat
(ICT) negara menjana perolehan kira-kira RM60 billion tahun ini, meningkat
hingga 10 peratus berbanding RM65.3 billion pada 2011, walaupun berdepan dengan
keadaan ekonomi global yang tidak menentu.
Bagi penyumberan luar pula, semakin banyak syarikat
gergasi antarabangsa melabur di negara ini untuk membuka pusat panggilan.
Selain itu, inisiatif digital Malaysia yang diumumkan kerajaan sebahagian
besarnya membabitkan sektor ICT malah menggunakan e -dagang dijangkan meningkat
antara 15 dan 20 peratus.
Beliau berkata, industri perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) akan turut menyaksikan pertumbuhan apabila banyak syarikat kecil mula
berminat berlabur dalam ICT yang mampu menjana perolehan berlipat kali ganda.
Jika sebelum ini,syarikat PKS di negara Malaysia agak
ragu-ragu melabur dalam ICT tetapi sejak kebelakangan ini, telah timbul
kesedaran mengenai pentingnya berbuat demikian. Setakat ini, hanya 100,000
syarikat menggunakan ICT daripada hampir sejuta penggiat PKS,’’katanya.
Meskipun keadan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah masih tidak menentu, Ia
tidak menjejaskan pelaburan domestik dan asing dalam sektor ICT tempatan. Ini
kerana pasaran baru dunia sepeti china dan india semakin berkembang pesat.
Bagaimanapun,berdasarkan anjuran pertumbuhan ekonomi
negara antara empat kelima peratus tahun ini, kami yakin sektor peruncitan ICT
boleh berkembang lebih tinggi daripada itu,”katanya. Sebagai contohnya facebook
laman web sosial terbesar dunia masa kini disimpulkan melalui kajian oleh
pelajar UKM BANGI pada 20 oktober 2011 iaitu Aini Raudah Binti Roslan yang
merupakan pelajar saujana analisis keselamatan dan strategi UKM-sangkaan
masyarakat bahawa remaja dan pemuda sekarang terlalu ketagih dengan laman sosial
“facebook”disangkal oleh kumpulan penyelidik daripada pusat pengajian media dan
komunikasi (PPMK),fakulti sains sosial dan kemanusiaan (FSSK)Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM).satu kumpulan penyelidik PPMK mendapati facebook adalah diantara
laman sosial yang paling kerap dilawati pengguna internet. Sehingga mei 2011
jumlah penggunaannya sudah mencecah seramai 666 juta orang termasuk 10.6 juta
dari Malaysia dimana seramai 3.5 juta darinya berusia dalam lingkungan 18 tahun
hingga 24 tahun. Ini menunjukkan perkembangan ICT di Malaysia menghabiskan masa
1-3 jam sehari dan masih kurang daripada jangkaan 4 jam sehari sebagai ketagih
facebook.
Kepentingan
industri terhadap negara
Persatuan industri computer dan multimedia Malaysia (pkom)
menjangkakan industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) negara menjana
peroleh kira kira RM60 bilion tahun ini, meningkat antara 8 hingga 10%
berbanding RM52.3 bilion pada 2011, walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi
global yang tidak menentu.
Selain itu, teras pertama daripada rancangan Malaysia
ke-9-bab 5 menyatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan
salah satu industri penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ini berikutan
dengan pertumbuhan sektor ICT yang pesat dan peranannya meransang perkembangan industri
– industri lain di Malaysia tidak kira sektor awam dan swasta.
Presiden PIKOM, Shaiful Bahrim Mohd Salleh berkata,
peningkatan itu di dorong beberapa faktor terutama pertumbuhan sektor
penyemberan luar dan perkhidmatan mandiri, menurutnya lagi bagi penyemberan
luar pula, makin semakin banyak syarikat gergasi antarabangsa melabur di negara
ini untuk membuka pusat panggilan.
Selain itu, inisiatif digital Malaysia yang di umumkan
kerajaan sebahagian besarnya membabitkan sektor ICT malah penggunaan e-dagang
di jangkakan meningkat antara 15 dan 20%, katantya kepada bisnes Metro di Kuala
Lumpur. Beliau berkata, industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan
turut menyaksikan pertumbuhan apabila banyak syarikat kecil mula berminat
melabur dalam ICT yang mampu menjana perolehan berlipat kali ganda. Jika
sebelum ini, syarikat PKS di Malaysia agak ragu – ragu melabur dalam ICT,
tetapi sejak kebelakangan ini, telah timbul kesedaran mengenai pentingnya
berbuat demikian. Setakat ini, hanya 100 ribu syarikat menggunakan ICT daripada
hampir sejuta penggiat PKS, katanya.