It's all about me...

Monday, 25 July 2016

3.0 TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA

Keadaan semasa industri Malaysia

Perkembangan teknologi maklumat ICT dan IT adalah fenomena baru yang melanda kita masa kini. Penggunaan teknologi maklumat dan ICT dalam bidang perkhidmatan dan perniagaan adalah keperluan untuk menghadapi keadaan globalisasi yang semakin mencabar masa kini.


Teknologi maklumat dan komunikasi

Teras pertama daripada rancangan Malaysia ke – 9 bab – 5 menyatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah satu industri penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ini berikutan pertumbuhan sektor ICT yang pesat peranannya meransang perkembangan industri-industri lain di Malaysia tidak kira sektor awan dan swasta. Pembangunan sektor teknologi maklumat dan komunikasi dalam merapatkan jurang digital (BDD) yang diterajui oleh Kementerian Tenaga, air dan komunikasi dengan kerjasama Kementerian luar bandar dan wilayah dan kementerian pelajaran.wujudnya sekolah bestari yang menggunakan peralatan ICT dan proses pendidikan, kampung tanpa wayar dan premis-premis tanpa wayar sekitar kita seperti KFC, starbuck dan TM wifi adalah hasil perkembangan  yang mampan ICT di dalam Malaysia.

Koridor Raya Multimedia atau (MSC Malaysia) merupakan inisiatif malaysia untuk pembangunan industri teknologi maklumat dan komunikasi secara global. Kini MSC Malaysia telah berkembang menjadi hab ICT yang dinamik, menjadi hos kepada lebih daripada 900 syarikat-syarikat multinational, milikan asing dan milikan tempatan yang tertumpu kepada produk, penyelesaian, perkhidmatan dan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) multimedia dan komunikasi antaranya TV3, universiti-universiti kerajaan dan swasta seperti cosmopint, UUM dan lain-lain.

Kesan daripada globalisasi yang menimpa dunia masa kini dan pengaruh daripada kuasa ekonomi dunia masa kini iaitu china, pengaruh ICT semakin menjadi tren baru yang tidak boleh dipinggirkan. Sektor kerajaan swasta dan NGO berpusu-pusu menggunakan ICT dalam perkhidmatan seharian contohnya pengguaan email, video call, internet dan dalam proses urusan seharian seperti internet banking, memesan tiket kapal terbang dalam talian dan sebagainya.




Sumbangan 42% KDNK mampu dicapai menerusi transformasi

PERSATUAN industri kecil dan sederhana Malaysia (SME Malaysia.) yakin sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan menyumbang 42% kepada nilai ekonomi negara menjelang 2020 hasil gerak kerja penjenamaan semula dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Syarikat PKS yang ditakrifkan menerusi bilangan pekerja tidak melebihi 150 dan pendapatan kurang RM20 juta setahun, kini menyumbang kira-kira 32 peratus kepada nilai keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara ini. Ini berbanding sehingga 60 peratus di negara maju.

Ketika ini, kira-kira 90 peratus daripada syarikat di Malaysia ditakrifkan sebagai PKS dengan menyediakan 59 peratus peluang pekerjaan. Presiden kebangsaan SME Malaysia, Teh Kee Sin, berkata pihaknya merumus rancangan penjenamaan semula PKS dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk dengan kumpulan media terbesar, Media Prima Bhd (MPB).

Beliau berkata, SME Malaysia mahu 5,000 ahlinya untuk beralih daripada beroperasi secara konvensional dengan produk murah kepada rantaian produk bernilai tinggi kini didapati lebih 60 peratus daripada syarikat PKS tidak mempunyai laman sesawang sendiri selain masalah biasa, kekangan kewangan.

Persatuan industri computer dan multimedia Malaysia (pikom) menjangkakan industri teknologi- teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) negara menjana perolehan kira-kira RM60 billion tahun ini, meningkat hingga 10 peratus berbanding RM65.3 billion pada 2011, walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Bagi penyumberan luar pula, semakin banyak syarikat gergasi antarabangsa melabur di negara ini untuk membuka pusat panggilan. Selain itu, inisiatif digital Malaysia yang diumumkan kerajaan sebahagian besarnya membabitkan sektor ICT malah menggunakan e -dagang dijangkan meningkat antara 15 dan 20 peratus.

Beliau berkata, industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan turut menyaksikan pertumbuhan apabila banyak syarikat kecil mula berminat berlabur dalam ICT yang mampu menjana perolehan berlipat kali ganda.

Jika sebelum ini,syarikat PKS di negara Malaysia agak ragu-ragu melabur dalam ICT tetapi sejak kebelakangan ini, telah timbul kesedaran mengenai pentingnya berbuat demikian. Setakat ini, hanya 100,000 syarikat menggunakan ICT daripada hampir sejuta penggiat PKS,’’katanya. Meskipun keadan ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah masih tidak menentu, Ia tidak menjejaskan pelaburan domestik dan asing dalam sektor ICT tempatan. Ini kerana pasaran baru dunia sepeti china dan india semakin berkembang pesat.

Bagaimanapun,berdasarkan anjuran pertumbuhan ekonomi negara antara empat kelima peratus tahun ini, kami yakin sektor peruncitan ICT boleh berkembang lebih tinggi daripada itu,”katanya. Sebagai contohnya facebook laman web sosial terbesar dunia masa kini disimpulkan melalui kajian oleh pelajar UKM BANGI pada 20 oktober 2011 iaitu Aini Raudah Binti Roslan yang merupakan pelajar saujana analisis keselamatan dan strategi UKM-sangkaan masyarakat bahawa remaja dan pemuda sekarang terlalu ketagih dengan laman sosial “facebook”disangkal oleh kumpulan penyelidik daripada pusat pengajian media dan komunikasi (PPMK),fakulti sains sosial dan kemanusiaan (FSSK)Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).satu kumpulan penyelidik PPMK mendapati facebook adalah diantara laman sosial yang paling kerap dilawati pengguna internet. Sehingga mei 2011 jumlah penggunaannya sudah mencecah seramai 666 juta orang termasuk 10.6 juta dari Malaysia dimana seramai 3.5 juta darinya berusia dalam lingkungan 18 tahun hingga 24 tahun. Ini menunjukkan perkembangan ICT di Malaysia menghabiskan masa 1-3 jam sehari dan masih kurang daripada jangkaan 4 jam sehari sebagai ketagih facebook.
Kepentingan industri terhadap negara

Persatuan industri computer dan multimedia Malaysia (pkom) menjangkakan industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) negara menjana peroleh kira kira RM60 bilion tahun ini, meningkat antara 8 hingga 10% berbanding RM52.3 bilion pada 2011, walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Selain itu, teras pertama daripada rancangan Malaysia ke-9-bab 5 menyatakan bahawa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah satu industri penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ini berikutan dengan pertumbuhan sektor ICT yang pesat dan peranannya meransang perkembangan industri – industri lain di Malaysia tidak kira sektor awam dan swasta.

Presiden PIKOM, Shaiful Bahrim Mohd Salleh berkata, peningkatan itu di dorong beberapa faktor terutama pertumbuhan sektor penyemberan luar dan perkhidmatan mandiri, menurutnya lagi bagi penyemberan luar pula, makin semakin banyak syarikat gergasi antarabangsa melabur di negara ini untuk membuka pusat panggilan.


Selain itu, inisiatif digital Malaysia yang di umumkan kerajaan sebahagian besarnya membabitkan sektor ICT malah penggunaan e-dagang di jangkakan meningkat antara 15 dan 20%, katantya kepada bisnes Metro di Kuala Lumpur. Beliau berkata, industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan turut menyaksikan pertumbuhan apabila banyak syarikat kecil mula berminat melabur dalam ICT yang mampu menjana perolehan berlipat kali ganda. Jika sebelum ini, syarikat PKS di Malaysia agak ragu – ragu melabur dalam ICT, tetapi sejak kebelakangan ini, telah timbul kesedaran mengenai pentingnya berbuat demikian. Setakat ini, hanya 100 ribu syarikat menggunakan ICT daripada hampir sejuta penggiat PKS, katanya.

No comments:

Post a Comment