It's all about me...

Monday, 25 July 2016

6.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG

            Kini dengan kemunculan e-dagang ia merupakan satu prospek yang pintar dan menguntungkan para usahawan. Ini kerana berdasarkan saiz pertumbuhannya, e-dagang akan menjadi satu bentuk perniagaan yang utama pada masa hadapan. Perkembangan semasa menunjukkan masyarakat semakin peka terhadap arus globalisasi. Kesan ini sedikit sebanyak dapat dirasakan di Malaysia tetapi di negara-negara maju, ianya telah menjadi ‘trend’ masyarakat di sana untuk melakukan pembelian secara ‘online’. Terdapat beberapa faktor yang boleh membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka menerusi talian.


Antara faktor utama e-dagang menjadi pilihan adalah masalah jarak dan waktu. Melalui capaian yang dilakukan secara atas talian dapat menjimatkan banyak masa buat pembeli atau pelanggan. Ini adalah kerana e-dagang memainkan peranan unik di mana pelanggan tidak perlu hadir ke kedai ataupun pusat membeli belah  untuk membuat pembelian barang sekadar menggunakan internet sahaja. . Dengan itu, akan membuka peluang perniagaan bagi suri rumah kerana lebih ramai lagi individu yang akan bekerja secara ‘online’ dari rumah serta pembeli dapat meluangkan masa bersama keluarga di rumah dengan mengurangkan kos dan masa perjalanan untuk membeli belah. Selain itu juga, kesesakan trafik dan pencemaran udara dapat dikurangkan. Harga barangan juga akan menjadi lebih murah sekaligus menjadikan kos sara hidup menjadi lebih rendah. Oleh itu kecepatan penghantaran dan juga penerimaan barangan ataupun perkhidmatan sangat dititikberatkan . Maklumat produk yang lebih terkini dan rapi sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa oleh pemilik blog atau penjual. Masyarakat umumnya sedia maklum bahawa e-dagang membolehkan pembeli untuk membandingkan produk dan harga yang ditawarkan oleh pesaing, yang mana ini secara tidak langsung telah mewujudkan monopoli dalam kalangan pembeli. E-dagang juga mengharapkan peningkatan usaha pemasaran masa dan juga penyingkiran orang tengah. Seandainya kesemua ini dapat diwujudkan maka harga barangan dan juga perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan juga kompetitif. Sesebuah syarikat atau individu mampu melakukan transaksi jual beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. 

No comments:

Post a Comment