It's all about me...

Monday, 25 July 2016

7.0 KESIMPULAN

Dengan e-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana  yang menggunakan teknologi e-dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengakses internet. Ini sudah tentunya bermula denga sebuah computer, moden dan talian telefon.  Penggunaan e-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan peningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun dianatara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara – cara tradisional perdagangan.

Namun begitu, kelebihan – kelebihan e-dagang yang memberi keuntungan sama ada kepada penjual mahupun pembeli sama sekali tidak boleh dipertikaikan. Hal ini kerana terdapat beberapa kelebihan yang dapat diperolehi oleh pembeli dan penjual, sekaligus kelebihan – kelebihan ini juga turut membantu dalam perkembangan ekonomi negara sekiranya perniagaan e-dagang semakin berkembang dengan meluas.
Keadaan mengenai pentingnya perdagangan elektronik(e-dagang) dalam kalangan masyarakat terutamanya kepada para pengilang industri kecil dan sederhana (IKS) perlu diperhebatkan lagi memandangkan peluang perniagaan yang wujud daripada sektor itu terlalu besar.

Walaupun kesedaran dalam masyarakat dalam bidang teknologi telah meluas, namun penggunaan maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) tetapi ia adalah diperingkat asas sahaja iaitu pada bahagian pentadbiran, pembayaran gaji dan kewangan, terutamanya kepada peniaga – peniaga. Kesedaran – kesedaran ini perlu dipertingkatkan agar ianya juga dapat menguntungkan individu – individu tersebut.
Dengan membuat peneganalpastian kekurangan dan kelebihan yang telah dibincangkan merupakan salah satu perkara yang perlu diperhatikan bagi membantu dalam mengenal pasti cara – cara untuk mengatasi masalah dalam perdagangan elektronik ini. Pengenalpastian ini merupakan satu pemangkin untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti produk serta perkhidmatan bagi menghadapi pasaran masa hadapan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dama memberikan kesedaran kepada masyarakat terutamanya peniaga – peniaga atau perusaha – perusaha dalam negara tentang perniagaan elektronik yang mampu membantu mereka dalam mencapai keuntungan dalam perusahaan mereka. Usaha ini bukan sahaja bertujuan membantu peniaga – peniaga atau perusaha – perusaha, sebaliknya ianya juga dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Oleh itu, diharapkan segala kesedaran dan pengenalpastian kekurangan dan kelebihan yang berkaitan dengan perdagangan elektronik, di samping pengenalpastian cara masalah e-dagang tersebut dapat diatasi mampu diaplikasikan dan digunakan dengan tujuan membantu pihak – pihak yang mempunyai kepentingan dalam bidang perniagaan.

No comments:

Post a Comment