Dalam
setiap kebaikan yang telah dinyatakan, e-dagang juga tidak dapat terlepas
daripada keburukan yang tersendiri. Oleh itu, terdapat beberapa keburukan yang
telah dapat dikenalpasti daripada hasil pembacaan mengenai perniagaan e-dagang.
Antaranya adalah berkenaan dengan kebolehpercayaan. Penyebab utama mengapa
pengguna tidak mahu berurus niaga secara atas talian adalah kurangnya factor
kebolehpercayaan di antara peniaga dan pengguna.
a)
Kekurangan kepada organisasi perniagaan atau
usahawan
i.
Tidak berupaya mempamerkan barang yang
sebenar. Pengeluar tidak dapat mempamerkan barangan yang sebenar kepada
pengguna atau pembeli terutama bahagian atau perkara yang sukar di gambarkan secara
terperinci dalam laman web. Keadaan akan menyebabkan kelebihan yang sepatutnya
dapat dipamerkan melalui penglihatan dan sentuhan akan tersembunyi dan pembeli
hanya mampu menggunakan mata sahaja untuk menilai keseluruhan barangan yang
hendak dibeli. Barangan atau perkhidmatan yang sepatutnya dapat memenuhi
kehendak pengguna akan terpinggir dan ditolak oleh pengguna disebabkan pengguna
merasakan kurang yakin akan maklumat yang diperoleh tidak begitu jelas.
ii.
Kesulitan dalam memberi penerangan dan maklumbalas
Interaksi secara lintas
langsung dalam hubungan anatara peniaga dan pembeli terus sukar diwujudkan.
Pengguna hanya bergantung kepada barangan yang dipaparkan sahaja tanpa wujudnya
komunikasi secara lisan mengenai barangan tersebut. Berdasarkan komunikasi
lisan ini, jelas akan memudahkan pembeli untuk mendapatkan lebih banyak lagi
maklumat mengenai sesuatu barangan yang diperlukan. Selain itu, tidak ramai
sasaran akan memberikan maklumbalas kepada pengeluar mengenai produk yang
dijual kecuali mereka yang telah membeli dan membuat aduan kerosakan. Mereka
yang belum mencuba akan beralih ke barang pengganti lain yang bersamaan jika
penerangan tidak jelas kepada pengguna. Ini akan menyebabkan pembeli kehilangan
kepercayaan kepada peniaga dan beralih pula kepada peniaga yang lain untuk m endapatkan
barang yang diperlukan.
iii.
Terikat dengan cukai jualan.
Peniaga tetap terikat dengan cukai jualan
hasil daripada jualan yang mereka lakukan. Kita mengetahui bahawa perniagaan
elektronik ini merupakan perniagaan kecil – kecilan yang mana modal yang
dikenakan adalah lebih kecil dan keuntungan yang diperolehi juga dalam skala
yang kecil. Cukai jualan yang dikenakan oleh kerajaan ini sedikit sebanyak akan
mengurangkan lagi peratus keuntungan peniaga disebabkan perlunya melakukan
pembayaran cukai jualan kepada kerajaan. Jadi, cukai ini menjadi penghalang
kepada peniaga untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda hasil daripada
perniagaan yang dilakukan. Jika cukai ini dimansuhkan oleh kerajaan khususnya
kepada perniagaan elektronik, maka peniaga akan lebih giat lagi untuk
memperluaskan perniagaan mereka ke pasaran global. Hasil daripada keuntungan
yang diperoleh, peniaga boleh jadikan keuntungan tersebut sebagai dana untuk
memperluaskan perniagaan mereka ke seluruh dunia ataupun peniaga dapat
mempelbagaikan lagi produk – produk yang dapat dihasilkan untuk dijual kepada
pengguna.
b) Kekurangan
kepada Pelanggan
i.
Setiap barangan yang dipamerkan oleh peniaga
hanyalah dalam bentuk gambar dan disertakan dengan beberapa butir maklumat.
Namun begitu, maklumat yang diperoleh pembeli masih belum jelas dan membuatkan
pembeli berasa kurang yakin untuk membeli barangan berkenaan. Kelebihan dan
kekurangan yang ada pada barangan tersebut mungkin tidak dinyatakan dengan lebih
jelas seperti yang dikehendaki oleh pembeli. Tidak semua pembeli dapat memahami
dan menginterprestasi dengan setepatnya barangan yang diiklankan. Terdapat juga
pengiklanan yang mengelirukan, akibatnya barangan atau perkhidmatan yang
dipesan tidak memenuhi maksud fahaman oleh pembeli. Pembeli akan menanggung
risiko berdasarkan barangan yang dibeli seperti berasa tidak berpuas hati
dengan barangan tersebut disebabkan tidak menepati citarasa yang sebenar.
ii.
Pesanan tidak diterima dan berlaku penipuan.
Pesanan barangan yang
dilakukan oleh pembeli mungkin tidak diterima oleh pengeluar yang mengalami
masalah. Lebih – lebih lagi pembeli membuat pembelian kepada syarikat yang
menyamar. Pembeli akan berhadapan dengan risiko berlaku penipuan iaitu tempahan
barangan sudah dibuat dan bayaran sudah selesai tetapi barang masih belum
diterima oleh pembeli. Ini akan membimbangkan pembeli kerana wang tersebut akan
lesap begitu sahaja dan akan menanggung kerugian.
iii.
Pembeli tidak mendapat barangan seperti yang
dikehendaki.
Banyak rungutan daripada
pembeli memperoleh barangan yang tidak seperti yang dimahukan. Dalam pemilihan
di internet, pembeli membuat pilihan barang yang telah dipersetujui tetapi
apabila barangan tersebut sampai kepada pembeli, tidak seperti yang pembeli mahukan.
Barangan tersebut ada yang digantikan dengan barangan yang lain. Penggantian
barangan tersebut dilakukan oleh peniaga atau pengeluar atas sebab barangan
yang diinginkan oleh pembeli sudah pun habis. Disebabkan pembayaran sudah
dilakukan oleh pembeli, peniaga terpaksa menggantikan barangan yang sudah
kehabisan stok itu dengan barangan yang lain. Ini jelas menunjukkan bahawa,
pembeli berhadapan dengan risiko tidak mendapat barangan yang diperlukan.
c) Kekurangan
kepada negara
E-dagang memberikan kesan yang negative kepada negara
apabila berlaku kekurangan semasa perniagaan ini dijalankan. Jika terdapat kes
penipuan, maka statistic kes penipuan dalam negara akan meningkat terutama
dalam bidang perniagaan ini. Kesannya, pembeli sama ada di dalam negara ataupun
di luar negara akan hilang kepercayaan kepada pengeluar ataupun peniaga di
dalam negara Malaysia kerana bimbang jika mereka ditipu. Bilangan usahawan
negara juga akan berkurangan disebabkan mereka akan menanggung kerugian
disebabkan kekurangan atau ketiadaan pelanggan yang ingin membeli barangan
mereka atas sebab kes penipuan yang berleluasa dalam perniagaan seperti ini.
Ini akan menyebabkan peniaga atau pengeluar akan menarik diri daripada bidang
ini.
No comments:
Post a Comment