Pada
zaman sekarang penggunaan teknologi internet tidak asing lagi bagi organisasi
awam, swasta, individu mahupun kumpulan rutin kerja harian tambahan pula dengan
ekonomi dunia sekarang, persaingan dalam bidang perniagaan amat ketara sekali.
Industri ini juga secara tidak langsung menerima kesannya akibat daripada kos
bahan mentah yang meningkat. Dahulunya perniagaan hanya dijalankan secara
offline iaitu seperti menjual barangan di bangunan kedai, pasar – pasar dan
sebagainya. Kini, perniagaan secara online sudah tidak asing lagi bagi kita.
Perniagaan jenis ini lebih menjimatkan kos pengurusan, memudahkan urusan
penyimpanan stok, kemudahan kepada pembeli barangan untuk mendapatkan informasi
barangan dan lain – lain lagi keistimewaannya.
Penggunaan
internet untuk bisnes secara online telah tumbuh dengan pesatnya. Jumlah nilai
perdagangan barangan dan perkhidmatan melalui e – dagang mencapai 4.3 trillion
pada tahun 2004. Penggunaan teknologi internet dalam urusan perniagaan lebih
mudah serta cepat untuk mengembangkan sesuatu bisnes itu. Jualan melalui
internet lebih menjimatkan kos dan senang untuk mengawal stok.
E – dagang ialah kegiatan atau aktiviti pembelian,
penjualan atau pertukaran barang dan informasi melalui jaringan computer
termasuk internet. Kajian yang dibuat oleh Hogasowagih dan Ryzki Ramdhani
menekankan pengaruh pelanggan internet dalam berbelanja secara online, apakah
factor yang menarik minat golongan ini untuk terus membeli dalam talian.
No comments:
Post a Comment