Syarikat
e-dagang di Malaysia tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Tidak dapat di
nafikan perkembangan teknologi masa kini banyak membantu dalam perkembangan industri
kecil dan sederhana SME negara. Perkembangan ICT yang pesat di Malaysia bermula
dengan MSC di umumkan oleh Tun Dr. Mahathir semasa merasmikan persidangan
multimedia asia pada 1 ogos 1996. Ia secara asalnya melibatkan kawasan seluas
15 x 50 kilometer persegi bermula daripada kawasan menara berkembar petronas
sehingga ke lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan urut melibatkan
Bandar Putrajaya dan Cyberjaya. Ia mengalami perubahan pada 7 Disember 2006
yang mana ia melibatkan kemasukan pelabuhan Klang di dalam MSC
Program Transformasi kerajaan (GTP) di perkenalkan oleh
Perdana Menteri Dato` Seri Najib Tun Razak pada bulan april 2009, dan akan di
terajui oleh beliau. Dua objektif GTP
adalah pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif
dalam menyampaikan perkhidmatan dan tanggungjawab atas keberhasilan yang
menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia kearah kelahiran
masyarakat yang maju, bersatu padu dan saksama dengan standard kehidupan yang
tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional kearah mencapai wawasan
2020- untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.
Enam
NKRA telah di kenal pasti untuk menuju kearah transformasi kerajaan dan ianya
adalah :
·
Pengenalan
·
Mengurangkan Jenayah
·
Membanteras Asuah
·
Mempertingkatklan Pencapaian
Pelajar
·
Mempertingkatkan taraf
kehidupan isi rumah berpendapatan rendah
·
Mempertingkatkan
infrastruktur asas luar Bandar
·
Mempertingkatkan
Pengangkutan Awam Bandar
Peningkatan taraf hidup bermakna perlunya peningkatan
dari segi gaji individu dan isi rumah. Dengan menetapkan asas gaji bagi sektor
swasta iaitu RM900 bagi semenanjung dan 800 bagi Sabah dan Sarawah membuka
peluang untuk bakal usahawan memperkenalkan lebih banyak produk mengikut
kehendak dan permintaan pengguna. Peningkatan kadar celik IT di kalangan
masyarakat membuka lebih peluang dalam perniagaan elektronik. Dasar – dasar
kerajaan yang membantu seperti pembagian laptop 1 Malaysia dan mewujudkan
kawasan atau kampung wifi adalah sangat releven dengan kemajuan dan peningkatan
keperluan ICT di kalangan masyarakat kini.
Urus niaga digital merupakan format yang sangat berbeza
daripada bentuk urusniaga tradisional perdagangan elektronik atau di kenali
sebagai e-dagang merupakan sistem perniagaan jual beli yang di lakukan di
internet.
Proses jual beli ini secara
keseluruhannya melibatkan pihak penjual, pembeli dan pihak – pihak ketiga
seperti bank, syarikat – syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluaran
sijil pengesahan digital dan lain – lain lagi. Tujuan kawujudan pihak ketiga
ini membolehkan pembeli membeli dengan selesa serta ,meningkatkan keyakinan
pembeli di dalam proses jual beli secara e-dagang.seperti yang diketahui
umum,pelbagai cara dan kaedah kerajaan lakukan untuk menarik minat pengguna
menggunakan internet seterusnya meningkatkan potensi e-dagang unutuk kemudahan
seharian.antaranya ialah:
1) Kerajaan meningkatakan
penggunaan pc dan internet di Malaysia
Selaras dengan matlamat Malaysia yang ingin
menjadi negara maju menjelang 2020,pernah diadakan sebelum ini kempen dimana
para penjual dikehendaki menyediakan promosi dan harga berpatutan kepada
pelaggan untuk memiliki PC dan intetrnet.kempen ini telah dilaksanakan oleh
korsotium computer dan kementerian tenaga, komunikasi dan multimedia. Tujuannya
bagi menggalakkan warga Malaysia celik IT dan bijak menggunakan teknologi seperti
e-dagang seterusnya menjadikan Malaysia
setaraf dengan negara maju yang lain.
2)
Memberikan pinjaman
Kerajaan turut memberikan pinjaman kepada
kakitangan kerajaan unutuk membeli computer serta memberikan potongan cukai dan
kemudahan untuk pengeluaran wang daripada KWSP.ini menunjukkan kerajaan
bertindak secara serius untuk pembangunan IT.
3) Tempat
awam
Bagi
menggalakkan penggunaan PC dan internet, tempat-tempat awam seperti cyber café,
perpustakaan, dewan pegguna dan sebagainya disediakan kemudahan komputer dan
internet.Hal ini membolehkan mereka yang tidak berkemampuan dapat merasai dan
mempelajari penggunaan internet dimana
sahaja.
4) Kerjasama
kerajaan dan swasta
Untuk
meningkatakan peggunaan ICT seterusnya memperkenalkan kewujudan e-dagang,
kerajaan dengan pertolongan pihak swasta akan terus menjalinkan kerjasama bagi
membantu rakyat Malaysia agar celik ilmu dalam bidang digital. Ini merupakan
usahasama untuk mencapai wawasan negara maju 2020.
5) Kajian
terperinci
Oleh
kerana asia pasifik merupakan sebuah benua dengan ekonomi yang sedang membangun
dengan pesatnya, capaian internet adalah salah satu aspek yang penting untuk
meningkatkan dagangan.kerajaan malaysia menganggarkan jumlah e-dagang akan
meningkat setiap tahun. Realitinya kini lebih banyak laman web e-dagang tempat
muncul dan ini merupakan satu petanda yang amat baik.
6) Menyeluruh
Kenaikan dan
kelenihan pada usahawan kecil mahupun usahawan mikro luar bandar ialah boleh
meluaskan dan melebarkan pemasaran di peringkat global melaluli e-dagang.mereka
berpeluang melangkah dengan lebih jauh dengan meneroka di pasaran antarabangsa
seiring dengan perkembanga tekonologi terkini
No comments:
Post a Comment